Bahagian Audit Dalam

BAHAGIAN AUDIT DALAM KWPKB


Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Penukaran nama ini selaras dengan perluasan fungsinya untuk membasmi kemiskinan bandar dan melaksanakan program kesejahteraan bandar di Malaysia bermula pada  23 Oktober 2009.

Bagi memastikan pengurusan sumber dan kewangan dilaksanakan dengan berhemah, cekap,  ekonomi dan berkesan, Unit Audit Dalam (UAD) telah ditubuhkan pada 1 April 2005 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. UAD KWPKB telah ditubuhkan sebagai salah satu komponen kawalan dalaman KWPKB yang menilai secara bebas dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha KWPKB.

Laporan Tahunan UAD disediakan setiap tahun berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum 31 Mac setiap tahun. Laporan ini mengandungi aktiviti, perkembangan terkini UAD serta ringkasan isu-isu yang dibangkitkan semasa pengauditan dilaksanakan sepanjang tahun.