Peranan BAD

Peranan Bahagian Audit Dalam

  • Melaksanakan urusan Audit Dalam Kementerian;
  • Melaksanakan Audit Kewangan Kementerian;
  • Melaksanakan Audit Prestasi Kementerian;
  • Menilai sistem pengurusan pejabat dan kewangan serta sistem perakaunan, perbelanjaan, hasil stor, harta/inventori dan kenderaan;
  • Menyelia penyediaan dan penyelarasan penemuan-penemuan audit untuk dilaporkan kepada KSU;
  • Menyusul laporan/pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara;
  • Menyediakan Laporan Audit Dalam untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Kementerian;
  • Mengkaji dan memantau aktiviti audit dalaman DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan PPTGWP;
  • Menjalankan siasatan mengikut arahan KSU dan mengesyorkan langkah-langkah pembetulan terhadap kes-kes tertentu di KWPKB dan agensi;
  • Mengkaji sistem prosedur kerja untuk mengesan kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan;
  • Membantu Ketua Jabatan memantau dan mengesan perbuatan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan;
  • Membuat tindakan susulan ke atas aduan yang didapati berasas;
  • Menganggotai Jawatankuasa Siasatan Tatatertib dan menjalankan siasatan berkaitan pelanggaran tatakelakuan (mengikut kesesuaian/sekiranya terdapat keperluan);
  • Membuat analisis ke atas laporan Ketua Audit Negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama hasil daripada laporan audit; dan
  • Menyediakan laporan secara berkala kepada Pegawai Pengawal.

BIDANG TUGAS BAD
BAD KWPKB mempunyai kuasa menjalankan kerja pengauditan yang meliputi semua program dan aktiviti di peringkat Kementerian dan Jabatan. Selain itu UAD KWPKB dengan arahan KSU KWPKB boleh menjalankan pengauditan di 3 buah agensi di bawahnya.

Senarai jabatan dan agensi di bawah KWPKB adalah seperti Jadual 1:

Jadual 1
Jabatan Dan Agensi Di Bawah KWPKB
Bil.
Nama Agensi
1.
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP)
a
Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur (PTGKL)
b
Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya (PTGP)
c
Pejabat Tanah dan Galian Labuan (PTGL)
d
Mahkamah Anak Negeri Labuan (MAN)
2.
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)
3.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
4.
Perbadanan Putrajaya (PPj)
5.
Perbadanan Labuan (PL)